Siapa di antara korang yg pernah memelihara Sea-Monkeys atau Monyet Laut? nama gempak, sebenarnya Monyet Laut ni adalah sejenis udang halus (Brine Shrimp) yg hidup di dlm air masin. Aku kenal Monyet Laut ni sejak tingkatan 1, diperkenalkan oleh kawan sekelas yg berbangsa portugis melaka.. Shaun J. Pinto, mula2 dengar cerita dia.. mcm ye tak ye.. Monyet Laut tu boleh melakukan pelbagai aksi akrobatik mcm monyet, tu yg dipanggil Sea-Monkeys, dlm masa yg sama hati berkobar2 gak nak bela benda tu.. dia cakap leh beli kat kedai mainan Toy 'R' Us, Subang Parade.
8 tahun kemudian.. aku gi Subang Parade dgn sepupu & adik semata2 nak beli benda tu (masa tahun akhir diploma kat kolej PTPL Shah Alam.) akhirnya bertemu Monyet Laut yg aku penah dengar ceritanya dari kawan portugis aku tu.. akuarium nya ada berbagai rupa/bentuk, dlm nya ada istana, kapal karam, UFO, mcm2 lagilah.. cubaan pertama nak memeliharanya.. GAGAL. Beberapa thn kemudian aku cuba lagi masa duduk menyewa bilik pangsapuri kat Sentul, Kuala Lumpur, masa tu masih bekerja kat Hospital Kuala Lumpur.. kali ni baru lah boleh dikatakan berjaya (sempat hidup seminggu, ekeke) aku rasa Sea-Monkeys ni tak sesuai dgn iklim/cuaca Malaysia lah. maklumat lanjut leh dptkan di http://en.wikipedia.org/wiki/Sea-Monkeys & laman web rasmi syarikat yg memperkenalkan Sea-Monkeys tersebut:- http://www.sea-monkeys.com/ nampak mcm dah tak laku produk mrk, hehe, laman web mrk dah tak semeriah dulu.. ohye, dulu aku beli set Sea-Monkeys dgn akuarium nya mcm gmbr di atas, ada kapal karam.
mahal tak sea monkeys ni?
ReplyDeletekalau dulu, 1 set (pelbagai tema)ada dlm kira2 RM90, skrg mgkn lg murah.. kalau sea monkeys mati, leh beli "refill" nya, lengkap telur, makanan dll. hanya RM30+ je (thn 2008) kat toy r us, terima kasih sudi singgah kat blog merapu ni, hehe.. maaf lambat respon, jarang tgk blog
Delete