Friday, 21 January 2011

Kejar Semula Cita-cita


Tajuk blog ni.. R.i.M.B.A, sebenarnya mewakili Reptilia, Ikan, Mamalia, Burung, & Amfibia. Saya fikirkan acronym ni sejak di bangku sekolah rendah lagi. Sejak kecil saya memang minat sangat dengan pengetahuan mengenai haiwan samada hidupan liar atau haiwan peliharaan. Pelbagai haiwan yang saya pernah bela/pelihara, dari ikan yang berenang di dalam air hinggalah burung yang berterbangan di angkasa.
Tidak hairanlah saya bercita-cita mahu menjadi seorang Ahli Zoologi, cita-cita yang pernah saya terpaksa lupakan (pada masa tu saya mengalah & redha, ya.. mungkin saya ditakdirkan pencen sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan atau MLT, cita-cita hanya jadi hobi). Tetapi pada suatu subuh yang hening, sebelum bertolak ke tempat kerja (Hospital Kuala Lumpur), saya 'bangkit' semula dengan penuh semangat serta iltizam baru...mahu mengejar semula cita-cita itu setelah mendengar rancangan motivasi oleh Dr. Fadzilah Kamsah di sebuah stesen radio. Mengapa saya perlu mengalah jika ruang & peluang itu ada? yang penting usaha & biarlah Allah SWT yang tentukan pada akhirnya.
Kini saya sedang menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda secara jarak jauh dengan mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian)dengan Major Biologi & Minor Geografi di Universiti Sains Malaysia. Kepada anda semua,doakanlah saya berjaya & dipermudahkan dalam perjalanan mengejar cita-cita sebagai Ahli Zoologi ini.


Di bawah adalah rakaman video Sugar Glider (Petaurus breviceps) (dah lama mati) yang pernah saya pelihara dulu, dengarkan Sugar Glider keluarkan bunyi yang unik.:-

2 comments: