Sunday, 23 January 2011

Tanah & Air



" Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan 2 kaki, sedang sebahagian (yang lain) berjalan dengan 4 kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. "

(An-Nur : Ayat 45)

Sebab itu lah haiwan terutama haiwan peliharaan seperti kucing, hamster, ikan, arnab, anjing dll. menjadi peneman, penenang & juga terapi kepada manusia, kerana elemen air (haiwan) itu menyegarkan elemen tanah (manusia), haiwan ternakan pula menjadi sumber makanan manusia supaya manusia terus bertenaga & menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi.


Saturday, 22 January 2011

Hutan Hujan Yang Tertua Di Dunia

Ya, Hutan Hujan (rainforest) yang tertua di dunia terletak di Taman Negara, Malaysia. Usianya lebih kurang 130 juta tahun, oleh itu sebagai rakyat Malaysia kita haruslah berbangga dan melindungi hutan hujan kita dari kemusnahan akibat sikap tamak haloba sesetengah manusia. Taman Negara khususnya Hutan Belum sekian lama telah menjadi tempat tinggal pelbagai jenis serta spesis flora & fauna.

Zoologi



Bila saya cakap mahu menjadi seorang Ahli Zoologi, memang ada segelintir orang yang memperlekehkan, memperlecehkan cita-cita saya ini..
"Hah! ahli zoologi!? kerja apa tu?"
"kaji binatang? huh.. buat apa la..".
haish, sabar je la.. oleh kerana saya minat sangat dengan bidang zoologi (kaji haiwan) ni, mungkin ada (terutama yang rasa dia lebih islamik dari orang lain & cop saya sebagai sekular) yang ingat Darwin adalah idola saya , tak.. sebagai seorang muslim, sudah tentu lah saya menolak & tidak bersetuju dengan teori darwin tentang evolusi beruk ke manusia tu.. tapi kita ambil teori dia berkenaan haiwan je, ambil apa yang bagus & baik..
Idola & sumber inspirasi saya dalam bidang zoologi.. tak lain, tak bukan ialah Al-Jahiz, seorang Ahli Zoologi Islam yang pertama, terkenal dengan kitab al-Hayawan nya.. dan tokoh zoologi Islam yang lain seperti Al-Asmaie (Kitab al-Ibil, Kitab al-Khail, Kitab al-Wuhush, dan Kitab al-Syaal), Al-Damiri (Hayat al-Hayawan), Al-Kindi, Ibnu Qutaibah, dan Ikhwan al-Safa yang telah mengarang beberapa buku tentang zoologi.

maklumat lanjut Al-Jahiz:- http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Jahiz

Friday, 21 January 2011

Kejar Semula Cita-cita


Tajuk blog ni.. R.i.M.B.A, sebenarnya mewakili Reptilia, Ikan, Mamalia, Burung, & Amfibia. Saya fikirkan acronym ni sejak di bangku sekolah rendah lagi. Sejak kecil saya memang minat sangat dengan pengetahuan mengenai haiwan samada hidupan liar atau haiwan peliharaan. Pelbagai haiwan yang saya pernah bela/pelihara, dari ikan yang berenang di dalam air hinggalah burung yang berterbangan di angkasa.
Tidak hairanlah saya bercita-cita mahu menjadi seorang Ahli Zoologi, cita-cita yang pernah saya terpaksa lupakan (pada masa tu saya mengalah & redha, ya.. mungkin saya ditakdirkan pencen sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan atau MLT, cita-cita hanya jadi hobi). Tetapi pada suatu subuh yang hening, sebelum bertolak ke tempat kerja (Hospital Kuala Lumpur), saya 'bangkit' semula dengan penuh semangat serta iltizam baru...mahu mengejar semula cita-cita itu setelah mendengar rancangan motivasi oleh Dr. Fadzilah Kamsah di sebuah stesen radio. Mengapa saya perlu mengalah jika ruang & peluang itu ada? yang penting usaha & biarlah Allah SWT yang tentukan pada akhirnya.
Kini saya sedang menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda secara jarak jauh dengan mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian)dengan Major Biologi & Minor Geografi di Universiti Sains Malaysia. Kepada anda semua,doakanlah saya berjaya & dipermudahkan dalam perjalanan mengejar cita-cita sebagai Ahli Zoologi ini.


Di bawah adalah rakaman video Sugar Glider (Petaurus breviceps) (dah lama mati) yang pernah saya pelihara dulu, dengarkan Sugar Glider keluarkan bunyi yang unik.:-