Thursday, 2 October 2014

Tajuk Thesis Projek Tahun Akhir

Agak lama tidak kemaskini blog ni, bertahun2.. haha

      Sekarang saya berada di tahun akhir.. akhirnya, hehe. Saya sebahagian daripada sejumlah pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda sains biologi, pjj usm yang memilih untuk mengambil JIB 490 Projek (6 unit). Sebelum ini saya teringin nak kaji salamander/newt dengan memilih salah seorang pensyarah yang pakar amfibia/katak sebagai penyelia projek saya, tapi saya telah pilih pensyarah lain (pakar kelawar) kerana ingatkan pensyarah tersebut sudah pencen. Bila dapat tahu yang pensyarah tersebut sambung kontrak setahun lagi... haihh.. tak boleh buat apa, dah dekati & bincang macam2 dengan pensyarah lain.. siap dia sanggup datang dari jauh (pulau pinang) ke kampung halaman ibu saya semata2 nak tinjau sarang kelawar, mungkin rezeki saya ditakdirkan kat kelawar la kot. Kalau saya pilih pakar amfibia pun, belum tentu dapat buat tajuk salamander/newt.. kerana ianya spesies/haiwan asing (bukan dari Malaysia).

      Tajuk yang saya pilih adalah Roosting Ecology of Frugivorous Bats (Megachiroptera: Pteropodidae) in Kampung Lambor Kiri, Perak, Malaysia. 2 kali tukar tajuk kerana takut tersalah spesies lak nanti bila buat fieldwork, jadi saya buat tajuk yang lebih umum dan selamat.
Untuk research proposal je 2 kali kena reject, sampai version 3.0 , haha, itu normal, kalau peringkat master/phd lg byk kot kena reject.

Roosting Ecology = Keadaan sarang kelawar di segi iklim mikro & jenis sarangnya.

Frugivorous Bats = Kelawar pemakan buah, bunga atau penghisap madu.

Megachiroptera = Sub-Order , kelawar dunia lama atau megabat, termasuk kelawar buah bersaiz kecil seperti Cynopterus spp. & besar seperti keluang (flying fox), tumpuan kajian ini lebih pada yang jenis kecil.

Pteropodidae = Family

Kampung Lambor Kiri = Kampung teman ler.. hehe, saje letak Malaysia, dah berangan nak publish journal di peringkat international, haha



Wednesday, 10 August 2011

PROJECT NOAH


Mari ikut serta Project Noah:- http://www.projectnoah.org/ :)

'Laman sosial' khas bagi pencinta hidupan liar, bakal/ahli biologi, zoologi dll. yang berkenaan.

" Project Noah is a tool that nature lovers can use to explore and document local wildlife and a common technology platform that research groups can use to harness the power of citizen scientists everywhere."

Korang nampak Burung Ruak2 di tebing sungai? Tenggiling di tepi jalan semasa dlm perjalanan pulang ke kampung? Burung Kelicap di halaman rumah? Ikan Puyu di bendang opah? tangkap gambar haiwan2 berkenaan! & upload kat http://www.projectnoah.org/ (sesuai juga utk pengguna iPhone)




Korang boleh login dgn profile Facebook, secara automatik satu profile peribadi mcm facebook akan dibuat, upload gambar profile & nyatakan tempat serta negara kat Settings. Boleh follow orang lain mcm kat twitter. Tapi sign in ngan facebook ni kdg2 ada masalah.. lebih bagus guna email Google, Yahoo ataupun Twitter.



Wednesday, 11 May 2011

Sea-Monkeys / "Monyet Laut"


Siapa di antara korang yg pernah memelihara Sea-Monkeys atau Monyet Laut? nama gempak, sebenarnya Monyet Laut ni adalah sejenis udang halus (Brine Shrimp) yg hidup di dlm air masin. Aku kenal Monyet Laut ni sejak tingkatan 1, diperkenalkan oleh kawan sekelas yg berbangsa portugis melaka.. Shaun J. Pinto, mula2 dengar cerita dia.. mcm ye tak ye.. Monyet Laut tu boleh melakukan pelbagai aksi akrobatik mcm monyet, tu yg dipanggil Sea-Monkeys, dlm masa yg sama hati berkobar2 gak nak bela benda tu.. dia cakap leh beli kat kedai mainan Toy 'R' Us, Subang Parade.
8 tahun kemudian.. aku gi Subang Parade dgn sepupu & adik semata2 nak beli benda tu (masa tahun akhir diploma kat kolej PTPL Shah Alam.) akhirnya bertemu Monyet Laut yg aku penah dengar ceritanya dari kawan portugis aku tu.. akuarium nya ada berbagai rupa/bentuk, dlm nya ada istana, kapal karam, UFO, mcm2 lagilah.. cubaan pertama nak memeliharanya.. GAGAL. Beberapa thn kemudian aku cuba lagi masa duduk menyewa bilik pangsapuri kat Sentul, Kuala Lumpur, masa tu masih bekerja kat Hospital Kuala Lumpur.. kali ni baru lah boleh dikatakan berjaya (sempat hidup seminggu, ekeke) aku rasa Sea-Monkeys ni tak sesuai dgn iklim/cuaca Malaysia lah. maklumat lanjut leh dptkan di http://en.wikipedia.org/wiki/Sea-Monkeys & laman web rasmi syarikat yg memperkenalkan Sea-Monkeys tersebut:- http://www.sea-monkeys.com/ nampak mcm dah tak laku produk mrk, hehe, laman web mrk dah tak semeriah dulu.. ohye, dulu aku beli set Sea-Monkeys dgn akuarium nya mcm gmbr di atas, ada kapal karam.

Sunday, 23 January 2011

Tanah & Air



" Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan 2 kaki, sedang sebahagian (yang lain) berjalan dengan 4 kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. "

(An-Nur : Ayat 45)

Sebab itu lah haiwan terutama haiwan peliharaan seperti kucing, hamster, ikan, arnab, anjing dll. menjadi peneman, penenang & juga terapi kepada manusia, kerana elemen air (haiwan) itu menyegarkan elemen tanah (manusia), haiwan ternakan pula menjadi sumber makanan manusia supaya manusia terus bertenaga & menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi.


Saturday, 22 January 2011

Hutan Hujan Yang Tertua Di Dunia

Ya, Hutan Hujan (rainforest) yang tertua di dunia terletak di Taman Negara, Malaysia. Usianya lebih kurang 130 juta tahun, oleh itu sebagai rakyat Malaysia kita haruslah berbangga dan melindungi hutan hujan kita dari kemusnahan akibat sikap tamak haloba sesetengah manusia. Taman Negara khususnya Hutan Belum sekian lama telah menjadi tempat tinggal pelbagai jenis serta spesis flora & fauna.

Zoologi



Bila saya cakap mahu menjadi seorang Ahli Zoologi, memang ada segelintir orang yang memperlekehkan, memperlecehkan cita-cita saya ini..
"Hah! ahli zoologi!? kerja apa tu?"
"kaji binatang? huh.. buat apa la..".
haish, sabar je la.. oleh kerana saya minat sangat dengan bidang zoologi (kaji haiwan) ni, mungkin ada (terutama yang rasa dia lebih islamik dari orang lain & cop saya sebagai sekular) yang ingat Darwin adalah idola saya , tak.. sebagai seorang muslim, sudah tentu lah saya menolak & tidak bersetuju dengan teori darwin tentang evolusi beruk ke manusia tu.. tapi kita ambil teori dia berkenaan haiwan je, ambil apa yang bagus & baik..
Idola & sumber inspirasi saya dalam bidang zoologi.. tak lain, tak bukan ialah Al-Jahiz, seorang Ahli Zoologi Islam yang pertama, terkenal dengan kitab al-Hayawan nya.. dan tokoh zoologi Islam yang lain seperti Al-Asmaie (Kitab al-Ibil, Kitab al-Khail, Kitab al-Wuhush, dan Kitab al-Syaal), Al-Damiri (Hayat al-Hayawan), Al-Kindi, Ibnu Qutaibah, dan Ikhwan al-Safa yang telah mengarang beberapa buku tentang zoologi.

maklumat lanjut Al-Jahiz:- http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Jahiz

Friday, 21 January 2011

Kejar Semula Cita-cita


Tajuk blog ni.. R.i.M.B.A, sebenarnya mewakili Reptilia, Ikan, Mamalia, Burung, & Amfibia. Saya fikirkan acronym ni sejak di bangku sekolah rendah lagi. Sejak kecil saya memang minat sangat dengan pengetahuan mengenai haiwan samada hidupan liar atau haiwan peliharaan. Pelbagai haiwan yang saya pernah bela/pelihara, dari ikan yang berenang di dalam air hinggalah burung yang berterbangan di angkasa.
Tidak hairanlah saya bercita-cita mahu menjadi seorang Ahli Zoologi, cita-cita yang pernah saya terpaksa lupakan (pada masa tu saya mengalah & redha, ya.. mungkin saya ditakdirkan pencen sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan atau MLT, cita-cita hanya jadi hobi). Tetapi pada suatu subuh yang hening, sebelum bertolak ke tempat kerja (Hospital Kuala Lumpur), saya 'bangkit' semula dengan penuh semangat serta iltizam baru...mahu mengejar semula cita-cita itu setelah mendengar rancangan motivasi oleh Dr. Fadzilah Kamsah di sebuah stesen radio. Mengapa saya perlu mengalah jika ruang & peluang itu ada? yang penting usaha & biarlah Allah SWT yang tentukan pada akhirnya.
Kini saya sedang menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda secara jarak jauh dengan mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian)dengan Major Biologi & Minor Geografi di Universiti Sains Malaysia. Kepada anda semua,doakanlah saya berjaya & dipermudahkan dalam perjalanan mengejar cita-cita sebagai Ahli Zoologi ini.


Di bawah adalah rakaman video Sugar Glider (Petaurus breviceps) (dah lama mati) yang pernah saya pelihara dulu, dengarkan Sugar Glider keluarkan bunyi yang unik.:-